Hiburan

Akiko Okumura, cinta sejati, tinggalkan kemewahan demi suami

PELAKON Zarina Zainuddin, 55, mendedahkan bahawa Allahyarham Akiko Okumura bukan sahaja dikenali sebagai seorang yang menjaga tutur kata, malah merupakan isteri dan ibu yang penyayang.

Menurut laporan mStar, Akiko sanggup meninggalkan keluarganya yang kaya demi cintanya kepada bapa saudara Zarina, yang juga seorang usahawan, Ridzuan Ridzokumura.

“Allahyarham seorang yang sangat baik. Dia tinggalkan segala kemewahan untuk hidup bersama bapa saudara saya,” ujar Zarina yang terkejut dan sedih apabila mendapat berita pemergian Akiko.

Selain menjadi isteri yang taat, Akiko juga sangat menyayangi dan memanjakan anak lelaki tunggalnya.

“Arwah sangat menghormati orang lain. Setiap kali bercakap, dia sentiasa berhati-hati kerana tidak mahu menyakiti hati sesiapa,” tambahnya.

Zarina berkongsi kisah itu selepas selesai upacara pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, pada pagi Sabtu.

Mengenang pengorbanan Akiko, Zarina turut memberitahu bahawa arwah sanggup menghadapi pelbagai kesusahan dan kesenangan bersama suaminya, Ridzuan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button