Akhbar Suara Keadilan ditutup
Akhirnya nasib buruk yang menimpa akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang diterbitkan oleh Syarikat Utusan Melayu turut sama dilalui oleh Suara Keadilan.
Dikatakan Suara Keadilan yang mula beroperasi pada Jun 2005 dikatakan telah menamatkan operasinya bulan ini dan edisi terakhirnya adalah pada 18 Disember lalu.
Akhbar yang menjadi suara PKR selama hampir 15 tahun itu menamatkan operasinya dengan menerbitkan penerbitan terakhir akhbar itu pada edisi ke 432.
Bagaimanapun masih tidak jelas nasib lapan kakitangan yang masih bertugas, namun mereka diberikan harapan akan diserap untuk penerbitan portal dalam talian.
Bagaimanapun penutupan Suara Keadilan ini bukan satu kejutan kerana perkara ini telah diumumkan pada 7 Disember lalu ketika Kongres Nasional PKR.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, Suara Keadilan akan berhijrah ke laman berita dalam talian
seperti yang telah diumum sewaktu pada ucapan dasar Presiden, semasa Kongres Nasional
Namun ujarnya maklumat lanjut berkenaan operasi Suara Keadilan online akan diumumkan dalam masa terdekat.