Lifestyle

AK Meat, jenama daging wagyu premium oleh Asyraf Khalid

USAHAWAN  terkenal, Asyraf Khalid, kini melangkah ke dalam industri makanan premium dengan pelancaran jenama daging eksklusif pertamanya, AK Meat. Jenama ini menawarkan pelbagai pilihan daging Wagyu berkualiti tinggi bagi memenuhi cita rasa peminat daging premium di Malaysia.

Asyraf mengakui kecintaannya terhadap daging Wagyu bermula sejak 15 tahun lalu ketika melanjutkan pengajian di Melbourne, Australia.

“Kenapa Wagyu? Bagi saya, tiada daging lain yang dapat menandingi kelembutan dan rasa luar biasa daging ini. Ia bukan sekadar makanan, tetapi pilihan utama dalam setiap hidangan saya, terutama steak. Sama ada dari Australia atau Jepun, Wagyu tetap menjadi kegemaran saya,” katanya.

Majlis pelancaran AK Meat yang berlangsung pada Khamis lalu dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan selebriti seperti ibu tirinya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Izara Aishah, serta isterinya Tya Arifin. Turut hadir adalah rakan perniagaan dan kenalan rapat. Dalam majlis tersebut, Asyraf berbesar hati menyajikan steak Wagyu kepada para tetamu dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM30,000.

Menurut Asyraf, AK Meat bukan sekadar perniagaan, tetapi juga satu platform untuk berkongsi pengalaman menikmati daging Wagyu dengan masyarakat.

AK Meat bukan restoran, sebaliknya ia adalah perniagaan daging premium yang boleh dipesan secara dalam talian dan dihantar terus ke rumah pelanggan. Selain itu, beberapa lori AK Meat juga akan ditempatkan di masjid-masjid terpilih untuk memudahkan pembelian secara terus,” jelasnya.

Dalam pada itu, Asyraf turut merakamkan penghargaan kepada rakan kongsinya, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir serta pasukan DAEM, atas sokongan yang diberikan dalam merealisasikan impiannya.

Dengan pelancaran AK Meat, Asyraf optimis bahawa jenama ini akan menjadi peneraju utama dalam pasaran daging premium di Malaysia.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button