AJL34: Karakter mirip Najib, Rosmah, FB Drama Band jadi sasaran kemarahan
ADAKAH itu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ?
Pertanyaan itu timbul sebaik sahaja dua karakter muncul dalam persembahan kumpulan Drama Band di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL34) malam tadi.
Karater lelaki mengenakan suit berwana keunguan, baju lengan panjang putih dan bertali leher merah seperti yang selalu dikenakan Najib.
Manakala karakter wanita pula berbaju kurung dan bertudung berwarna merah dan sarat dengan barang kemas sambil memegang beg seperti lagak Rosmah menjadi perhatian penonton. Wajah kedua-dua mereka pula disolek seperti watak Joker.
Gara-gara kedua-dua karakter tersebut Facebook Drama Band serang oleh warganet yang kecewa terhadap pendekatan yang diambil kumpulan itu.
Mereka marah dengan Drama Band kerana dianggap menyindir, menghina dan menyasarkan kebencian terhadap Najib dan isterinya di atas pentas seni yang sepatutnya bebas daripada unsur politik.
Hantaran terbaharu kumpulan itu di Facebook mereka sebelum persembahan di AJL berlangsung 10 jam lalu mendapat hampir 10,000 komen dengan rata-rata warganet tidak senang dengan unsur politik dalam persembahan Drama Band.
“Kau ingat dengan hina Najib dan Rosmah kau boleh menang? Silap strategi la,” kata Bancker Rahman.
“Artis sampah. Padan muka dah kalah. Lain kali jangan mempersendakan sesiapa walaupun sekadar untuk hiburan,” sindir Sujita Soorian.
“Kehidupan dunia artis tidaklah selalu cerah. Insya-Allah satu ketika nanti DS Najib akan kutip kamu di dalam longkang kumbahan baru kamu tahu siapa orang yang kamu hina,” kata Zapfri Ismail.
“Walaupun aku bukan BN tapi aku sakit hati bila dia menghina dan persendakan orang sampai begitu sekali .Tu baru Allah bagi sikit rezki dah berlagak. Belum bagi banyak mesti lgi dahsyat,” komen Insan Di Uji.
“Allah tidak memudahkan rezeki hambaNya yang menggunakan, menghina orang lain untuk mencari rezeki,” nasihat Amrullah Abd Hamid.
“Drama Band ini kumpulan sampah masyarakat. Noktah Titik. Tidak lagi meminati DB selepas persembahan harini. Seperti kata Naim Daniel “Buruk niat kita, buruk lah yang kita dapat”, “baik niat kita, baiklah yang kita dapat”! komen Saudara Magnetica Wawan.
“Distasteful parody, ugly costume, crap song. You should get Tony Pua and Teo Nie Chieng to join the band,” cadang Azmi Arshad.
“Tahniah kerana sungguh biadap. Berapa ribu job yang kau nak masuk?” tanya Rozaita Zainal.
“Ingat menang tadi. Habuk pun tarak. Kena sumpah sampai tak boleh bangun. Baru nak cari anta permata,” kata Khairi Asyraf.
“Malu kat NaimD, BBNU lagi matured and sensitive. Bodoh dia orang ni, apa yang nak dibuktikan pun tak tau. Floor Manager TV3 pun takkan tak tapis masa rehearsal. TV3 nak kena saman ni,” kata Dina Hazlina Jasni.
Persembahan Drama Band pada awalnya menarik perhatian ramai dengan pembukaan persembahan vokalis mereka iaitu Aepul yang agak menyeramkan, tampil dengan imej seperti karakter Ryuk dalam anime Jepun iaitu Death Note.
Persembahan tersebut kemudiannya mencetuskan kontroversi dengan kemunculan beberapa karakter lain yang dikaitakan dengan beberapa selebriti, pendakwah bebas serta ahli politik yang pernah berdepan kontroversi.
Antaranya ialah isu bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee, penyanyi, Haqiem Rusli yang sebelum ini mengatakan dirinya menghidapi depresi, isu rumah tangga dua pendakwah bebas dan juga kes melibatkan ahli politik.-SM