Hiburan

Persembahan Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu dikritik sebagai melampau

Disebalik pujian finalis yang kedua, penyanyi Aina Abdul membawa kelainan dalam persembahannya menerusi Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, ramai juga netizen yagn mengecam.

Dengan memakai busana serba putih, lagu berjudul Sumpah ciptaan sepenuhnya oleh beliau itu memukau orang ramai apatah lagi ditambah pula dengan vokal yang luar biasa.

Bagaimanapun apabila titisan darah turut mengalir keluar daripada busana berkenaan pada pertengahan persembahan sekaligus membuatkan penonton meremang dengan tema tersebut dan dianggap melampau.

Antara komen: Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan memudaratkan diri di pentas AJL tahun ini? Stesyen tv dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adegan sedemikian di media.

Mengikut pengacara, dalam persembahan tersebut, penyanyi yang berpakaian serba putih telah mencucuk dadanya sehingga cecair seperti darah membuak buak keluar membasahi pakaiannya. Skrin latar mempamerkan warna seperti darah pekat yang mengalir.

Ternyata persembahan seperti ini memberi mesej yang SALAH kepada audiens mengenai kekesalan kekecewaan dalam percintaan sehingga perlu digambarkan dengan adegan yang agak sadis sebegitu.

Persembahan seperti ini jelas telah melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adegan memcederakan diri atau memudaratkan diri dengan menunjukkan/menjelaskan cara dan kaedah untuk melakukannya.

Bagi individu yang memiliki masalah mental, adegan seperti ini boleh menyebabkan TRIGGER yang boleh menggangu pemikiran dan mungkin mendorong mereka melakukan perbuatan yang merbahaya juga.

Bagi memastikan perkara seperti ini TIDAK BERULANG kami ingin memohon masyarakat untuk membantu untuk membuat perlaporan kepada Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF).

Sehubungan itu stesen televisyen perlu memastikan program menjadi tontonan ramai tidak memaparkan adegan ganas yang akan menimbulkan salah faham bagi golongan remaja.

(Visited 847 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button