Nasional

Ajal warga emas di Gunung Pulai

SIAPA sangka semasa mendaki Gunung Pulai, Kulai, Johor bersama keluarga semalam sempena cuti umum Hari Kebangsaan, seorang lelaki warga emas mengalami sesak nafas dan meninggal dunia.

Lokasi kejadian menurut Pegawai Bomba Kanan II, Asmiza Zainal menerusi satu kenyataan memaklumkan, mangsa mengalami sesak nafas kira-kira tiga kilometer dari kaki Gunung Pulai.

Asmiza berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai bergegas ke lokasi selepas Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan pada 10.11 pagi.

Beliau berkata, sebaik tiba, warga emas itu, Chua Kok Wah, 62, didapati telah dibawa turun ke pondok pengawal di kaki gunung oleh orang awam.

Dalam kenyataan malam tadi, beliau memberitahu warga emas itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button