AirAsia X sambung semula penerbangan ke Sydney dan tawar penebusan akaun kredit
BERIKUTAN kejayaan proses penstrukturan semulanya, AirAsia X (AAX) akan menyambung semula perkhidmatan komersialnya antara Kuala Lumpur dan Sydney bermula 14 Februari.
Syarikat penerbangan itu juga akan menawarkan penebusan akaun kredit kepada para tetamu yang terjejas oleh penstrukturan semulanya. Para tetamu AAX boleh menempah semula penerbangan mereka dengan menggunakan akaun kredit.
Sebagai permulaan, penerbangan akan dikendalikan setiap minggu pada hari Isnin dari Kuala Lumpur ke Sydney dan kembali pada hari Selasa bermula 14 Februari 2022 hingga 22 Mac 2022. Jadual penerbangan untuk sesi musim luruh / musim sejuk akan diumumkan pada pertengahan bulan Februari.
Nikmati tambang dari Kuala Lumpur ke Sydney bermula daripada RM1,399 sehala termasuk semua* untuk tempat duduk Ekonomi atau nikmati Premium Flatbed daripada RM3,999. Dari Sydney ke Kuala Lumpur pula, tambang penerbangan bermula daripada AUD399 dan Premium Flatbed daripada AUD1,299. Tempahan boleh dibuat dengan menekan ikon ‘Flights’ di airasia Super App atau laman web.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata: “Berikutan masa henti perjalanan sejak dua tahun lepas dan proses penstrukturan kami yang telah selesai baru-baru ini, kami amat teruja kerana dapat melancarkan semula operasi secara beransur-ansur. Ini tidak mungkin terjadi tanpa sokongan kuat daripada para tetamu dan pemiutang kami dan kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesabaran dan kefahaman mereka.
“Tanpa sebarang laluan domestik, AAX telah terjejas dengan ketara oleh pandemik semasa. Kini, kami dapat melihat sinar di penghujungnya dan kami akan terus berusaha untuk memulakan operasi di semua pasaran utama kami sebagai salah satu pengendali jarak sederhana dengan tambang rendah terkemuka di dunia. Bermula dengan penerbangan ke dan dari Sydney, kami akan kembali menawarkan tempahan sebelumnya dan tempahan menggunakan Akaun Kredit untuk para tetamu dan pemiutang kami ke pasaran lain secepat mungkin.
“Sementara menantikan pembukaan semula sempadan antarabangsa secara beransur-ansur di seluruh dunia pada 2022, kami berbesar hati untuk kembali ke Australia terlebih dahulu, kerana ia adalah salah satu pasaran kami yang paling popular. Perkhidmatan mingguan baharu untuk para tetamu ini menandakan kejayaan penting dalam usaha kami untuk menyambung semula perkhidmatan komersial dan akan menyumbang kepada pertumbuhan selepas penstrukturan semula kami.
“Kami berharap untuk mengumumkan perkhidmatan tambahan baharu tidak lama lagi.”
Ketua Pegawai Operasi AirAsia X Kapten Suresh Kumar Bangah berkata: “Kami telah beroperasi secara aktif menerusi penerbangan kargo sepanjang pandemik dan ini telah menjadi talian hayat bagi kami. Buat pertama kalinya, kami menerima penumpang untuk menambah pendapatan kargo dalam usaha kami untuk menjadi salah satu syarikat penerbangan gabungan di rantau ini. Walaupun permintaan mungkin bermula secara beransur-ansur, kami percaya ia akan menjadi lebih baik dalam beberapa bulan akan datang apabila lebih ramai akan kembali membuat perjalanan dan kami bersedia untuk memenuhi permintaan ini.”
Jadual penerbangan pergi balik AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Sydney.
Warganegara Australia yang telah divaksin sepenuhnya, penduduk tetap, pelajar antarabangsa dan pemegang visa yang layak boleh membuat perjalanan ke Australia tanpa memohon pengecualian perjalanan. Untuk syarat kemasukan penuh ke Australia, sila layari halaman ini.
*Tambang termasuk semua merujuk kepada bagasi daftar masuk, satu hidangan dan satu minuman.