Nasional

Ahmad Zahid tak biar anak bini pemain bolasepak PDRM tidak makan

KUALA LUMPUR – Saksi ke-23 perbicaraan kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Zul Hisham Zainal memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, Ahmad Zahid tidak akan membiarkan anak- anak dan isteri 30 orang pemain bolasepak dari Persatuan Bolasepak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak makan setelah mereka tidak dibayar gaji selama empat bulan.

Walaupun Ahmad Zahid tidak wajib membantu Persatuan Bolasepak PDRM namun atas dasar simpati, beliau menerusi Yayasan Akalbudi mengeluarkan sekeping cek Affin Bank bertarikh 19 November 2015 berjumlah RM1.3 juta untuk diserahkan kepada Persatuan Bolasepak PDRM bagi membantu masalah kewangan yang dihadapi oleh persatuan tersebut.

Walaupun persatuan mendapat bantuan daripada sumber lain, kata Zul Hisham, namun ia tidak mencukupi kerana perbelanjaan bulanan Persatuan Bolasepak PDRM dianggarkan antara RM500,000 sehingga RM600,000 sebulan untuk pembayaran gaji 30 orang pemain termasuk tiga pemain import dan 15 orang lagi dari pengurusan persatuan.

Zul Hisham yang pernah menjadi pengurus pasukan bolasepak PDRM pada tahun 2017 turut memberitahu mahkamah, Ahmad Zahid yang juga bapa mentuanya pernah berpesan kepadanya agar menjaga kebajikan para pemain.

Maka sebagai orang perantara atau pemudah cara selepas tidak menjadi pengurus pasukan bolasepak PDRM pada tahun 2018, Timbalan Setiausaha Persatuan Bolasepak PDRM, Mohd. Nizam Mohd. Noor yang juga merupakan seorang pegawai polis berpangkat ASP, memaklumkan kepada Zul Hisham tentang masalah kewangan persatuan dengan para pemain tidak mendapat bayaran gaji selama empat bulan.

Zul Hisham meminta bantuan daripada Ahmad Zahid untuk membayar tunggakan gaji para pemain.

“Keadaan Persatuan Bolasepak PDRM waktu itu amat terdesak dan para pemain mengharapkan gaji yang dibayar oleh persatuan kerana mereka tidak mempunyai pendapatan lain dan pemain bergantung 100 peratus kepada gaji.

“Datuk Seri Zahid secara perundangan tidak wajib membantu tetapi atas rasa simpati, beliau terpanggil untuk memberi bantuan,” katanya ketika disoal balas oleh peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad.

Zul Hisham mengakui, Ahmad Zahid banyak memberi bantuan kebajikan bukan sahaja kepada persatuan tetapi juga bantuan kepada masjid-masjid, tahfiz, anak-anak yatim, pelajar-pelajar cemerlang, rumah kebajikan, dewan orang ramai termasuklah bantuan yang dihulurkan secara peribadi.

Pada 19 November 2015, sekeping cek RM1.3 juta diserahkan kepada ASP Nizam yang kemudiannya menyerahkan cek tersebut kepada Penolong Bendahari Persatuan, Sarjan Khairul Azwan Ramli untuk dimasukkan ke dalam akaun persatuan yang ketika itu, hanya berbaki RM1,960.95.

Zul Hisham juga mengakui, persatuan dalam keadaan terdesak mendapat bantuan kewangan dan Ahmad Zahid merasa terpanggil untuk membantu masalah pembayaran gaji tertunggak pemain.

Sejumlah RM1.3 juta wang tersebut adalah bayaran bantuan pendahuluan yang diberikan kepada Persatuan Bolasepak PDRM.

Zul Hisham bersetuju dengan peguam, Yayasan Akalbudi menerima semula bayaran RM1 juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN) yang dimasukkan semula ke akaun Yayasan Akalbudi manakala baki RM300,000 adalah sumbangan kepada Persatuan Bolasepak PDRM.

Hari ini, empat orang saksi ditampilkan memberi keterangan kepada mahkamah, bermula dengan sambung keterangan oleh Sabri Said dari syarikat TS Consultant & Resources, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Datuk Zul Hisham Zainal dan Datuk Wasi Khan @ Wasiyu Zama Israr Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif dari syarikat Armada Holdings Sdn. Bhd.

Perbicaraan bersambung esok. – SM

S: TUNGGAKAN BERMULA 2014? J: DARI AWAL
S: APA BANTUAN DATUK BERIKAN KEPADA PERSATUAN? J: KEWANGAN
S: MAKSUDNYA?
J: DSZH PERNAH INGATKAN KEBAJIKAN PEMAIN KENA JAGA
S: ITU DIINGATKAN OLEH BAPA MERTUA?
J: YA
S: 2014, APA JAWATAN DALAM KERAJAAN DSZH? J: MENTERI DALAM NEGERI
S: SEBAGAI MENTERI DALAM NEGERI, ADAKAH BELIAU TERLIBAT, SALAH SATU AGENSI DIJAGA ADALAH PDRM?
J: SETUJU

S: MASA MINTAK PENAJAAN INI, BERMULA 2014? J: YA 2014

S: SEBAGAI SEORANG PENGURUS, APA TUGAS?
J: SAYA PASTIKAN GAJI ON TIME, KEBAJIKAN PEMAIN DIJAGA, UNTUK JADI JUARA S: BERKENAAN GAJI, DALAM 1 PASUKAN, MASUK LIGA APA?
J: 2014, LIGA PERDANA MALAYSIA
S: SETUJU DALAM MENJAGA DAN MENGURUS PASUKAN PDRM, MEMERLUKAN SATU BENTUK KEWANGAN BESAR?
J: SETUJU
S: ADA TAK WANG DISUMBANGKAN PASUKAN PDRM SENDIRI? J: MUNGKIN ADA
S: DARI MSN?
J: MUNGKIN ADA
S: TAPI SETUJU X CUKUP UNTUK KENDALIKAN? J: X CUKUP
S: UNTUK PASUKAN PDRM, BERAPA ORANG DATUK JAGA? J: 30 RAG
S: DARIPADA 30 ORANG ADAKAH TEMPATAN?
J: ADA IMPORT
S: ADAKAH BUJANG?
J:KEBANYAKKAN BERKAHWIN
S: ADA ANAK2?
J: ADA
S: SETUJU TAK TANGGUNGJAWAB DATUK UNTUK JAGA 30 ORANG DAN ADA ANK2 MEREKA SEKALI, ADALAH TANGGUNGJAWAB BESAR?
J: SETUJU
S: BUKAN HANYA JAGA PLAYER TAPI KEBAJIKAN PLAYER? J: SETUJU
S: SELAIN DARI PLAYER, ADA MANAGEMENT TEAM, BERAPA RAMAI? J: 15 ORANG
S: 15 ORRANG INI ADAKAH DIBERIKAN GAJI? J: YA

S: 15 ORANG INI BERKELUARGA ATAU BUJANG? J: BERKELUARGA
S: MAKSUDNYA, TANGGUNGJAWAB DATUK BUKAN SETAKAT PLAYER TAPI KEPADA MANAGEMENT?
J: SETUJU
S: SECARA PURATA, 1 BULAN BERAPA GAJI PLAYERS? BERAPA PERUNTUKAN UNTUK MANAGEMENT?
J: DALAM 500K -600 K SEBULAN
S: 500/ 600 K TIDAK CUKUP DENGAN PERUNTUKAN PDRM DAN MSN? J: BETUL
S: PARA 8, ADA NYATAKAN BAHAWA EN NIZAM DATANG MINTA BANTUAN KEWANGAN, APAKAH BENTUK?
J: UNTUK BAYAR GAJI TERTUNGGAK SELAMA 4 BULAN
S: 4 BULAN INI KALAU DIBANDINGKAN KETERANGN DATUK SEBELUM INI LEBIH KURANG 2 JUTA, BETUL?
J: BETUL
S: SEBAGAI SEOANG MENTERI DALAM NEGERI, DSZH, DATUK TAK INGAT TARIKH BILA DIMINTA, LEBIH KURANG 1.3 JUTA, ADAKAH DSZH WAJIB UNTUK BANTU PASUKAN?
J: SEPATUTNYA TAK WAJIB
S: DALAM KEADAAN HUJUNG TAHUN 11/ 12, ADA KELUARGA DAN ANAK2, SETUJU TAK MEREKA DALAM KEADAAN YANG PERLUKAN BANTUAN?
J: SETUJU
S: KETIKA INI PASUKAN PDRM TERDESAK UNTUK DPATKN BANTUAN KEWANGAN? J: SETUJU
S: PLAYER INI FULLTIME ATAU PARTIME? J: SEMUA FULLTIME
S: PROFESSIONAL?
J: YA
S: MAKSUDNYA BERGNATUNG PADA GAJI INI BETUL? J: YA
S: MEREKA TIDAK ADA SOURCE OF INCONE LAIN SELAIN INCOME INI? J: SETUJU
S: SEBAGAI MENTERI DALAM NEGERI, ADAKAH BELIAU WAJIB SECARA LEGAL UNTUK BANTU PLAYER?

J: ATAS DASAR SIMPATI
S: MAKSUDNYA ATAS SEBAB BELIAU METERI, BELIAU TERPANGGIL UNTUK BERI BANTUAN?
J: BETUL
S: BERAPA LAMA UNTUK DAPAT JUMLAH INI? J: LAMA
S: ADA MINTA BANTUAN LAIN SELAIN DSZH? J: ADA TAPI TAK DAPAT.
S: KETIKA MINTA BANTUAN KEWANGN DARI DSZH ADA TAK MINTA MELALUI YAYASAN ATAU PERSONAL?
J: PERSONAL
S: DSZH BERI 1.3 JUTA MELALUI CEK YANG ADA TULIS CEK YAYASAN? J: BETUL
S: DALAM PENGETAHUAN DATUK, ADA TAK BANTUAN INI DIBAYAR SEMULA OLEH MSN?
J: SAYA RASA ADA
S: BERAPA JUMLAH YANG DIBAYAR? J: SEKITAR 300 KE 400 RIBU.
S: SAYA RUJUK PENYATA AKAUN, 2 KEPING STATEMENT YAYASAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016, YANG PERTAMA, M/S 4, PADA 24/11, DIKELUARKAN DUIT 1.3 JUTA, TARIKH LEBIH KURANG CEK DIBERIKAN PADA PERSATUAN BOLA SEPAK
J: BETUL
S: YANG KEDUA 14 JULAI 2016
S: SEBENARNYA BAYARN YANG DIBERI SEMULA OLEH MSN KEPADA YAYASAN ADALAH SEBNAYAK 1 JUTA?
J: SETUJU
S: BALANCE ITU ADALAH SUMBANGAN KEPADA PERSTUAN BOLA SEPAK HINGGA KE HARI INI?
J: SETUJU

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button