AksesorialbatrosAuto TravelBencana alamBerita AutoBerita GajetCelotehGajetJual BeliPandu UjiParlimenPembacaPena Cikgu KamarulPencemaranpilihanPolitikUlasan

Ahli PKR perlu tingkatkan gerak kerja parti, ekonomi – Fakhrul Anuar

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi mengingatkan jentera ranting agar meningkatkan gerak kerja peringkat kawasan bersama masyarakat sekeliling.

Selain itu, katanya, penjagaan kesihatan, ibadah dan kegiatan ekonomi perlu diberi perhatian kerana ia akan meningkatkan kecergasan ahli dan organisasi ranting.
Selain itu katanya, pemeriksaan kesihatan berkala juga perlu dilakukan bagi memastikan penjagaan kesihatan yang berterusan.

“Di sudut keagamaan pula, ahli-ahli yang beragama Islam diingatkan tentang penjagaan dan pelaksanaan solat lima waktu dan mengimarahkan masjid.

“Daripada aspek ekonomi pula, ahli perlu berikan perhatian untuk mengambil manfaat semua inisiatif Kerajaan MADANI yang disediakan bagi membantu ekonomi ahli masing-masing,” katanya.

Fakhrul mengingatkan perkara berkenaan dalam ucapannya ketika penganjuran siri majlis ceramah kelompok untuk pimpinan dan ahli KEADILAN pada 11 November lalu.

Ceramah yang telah dianjurkan bersama Ranting Medan Warisan itu diadakan sebagai usaha berterusan untuk memantapkan jentera Ranting dalam Cabang Kuantan.

Dalam pada itu, Fakhrul yang juga Ahli Majlis Bandaraya Kuantan menyifatkan, penglibatan ahli-ahli dalam kebun komuniti dan geran Sejati MADANI berpotensi membantu merancakkan ekonomi ahli.
“Semua pimpinan dan ahli Ranting diingatkan agar menggunakan aplikasi ADIL dan CISTA dalam menggerakkan organisasi di peringkat akar umbi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button