Nasional

Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi penghargaan keapda warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan dalam memikul amanah serta tanggungjawab dalam memelihara keamanan negara dan rakyat.

Seri Paduka turut menyanjung dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira penat lelah, masa dan keadaan.

“Selamat menyambut Hari Polis Ke-216 kepada seluruh warga PDRM termasuk veteran dan pesara polis.

“Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara,” titah Baginda dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Facebook https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/Istana Negara, hari ini.

Dalam hantaran yang sama, Baginda turut mendoakan agar seluruh warga PDRM dirahmati dan dilindungi Allah SWT daripada segala bentuk ancaman dan musibah serta para pahliwan negara yang terkorban, ditempatkan bersama para solihin.

Baginga juga menyeru agar seluruh rakyat Malaysia mengamalkan kehidupan yang harmoni, patuh undang-undang, bekerjasama dan menjalin hubungan erat dengan pasukan polis dalam membanteras sebarang salah laku jenaya dalam komuniti masing-masing.

BACA https://suaramerdeka.com.my/agong-hargai-inisiatif-malaysia-madani/

– SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button