NasionalParlimen

Agong rasmi Mesyuarat Pertama Parlimen Ke-14 hari ini

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuka tirai Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dewan Rakyat yang kembali bersidang selepas melabuhkan tirainya pada 20 Disember lalu merupakan sidang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sidang Dewan Rakyat hari ini akan tertumpu pada Titah Diraja Al-Sultan Abdullah dan berdasarkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat.

Persidangan kali ini akan berlangsung selama 16 hari sehingga 24 Mac nanti.

Sementara itu, Mesyuarat Dewan Negara yang dirasmikan serentak dengan Dewan Rakyat hari ini, juga akan berlangsung selama sembilan hari, bermula 21 Mac nanti.

Bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di bangunan Parlimen, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebelum ini memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi persidangan Parlimen, kekal seperti sebelum ini.

Antaranya, Ahli Parlimen dan petugas perlu menjalani ujian saringan tindak balas rantai polymerase masa nyata (RT-PCR) tiga hari sebelum persidangan berlangsung serta penghadang lut sinar terus dipasang di tempat duduk Ahli Parlimen sebagai langkah menetapkan penjarakan fizikal.

Kelmarin, Sabtu, 26 Febuari memaklumkan, 146 kes positif dikesan hasil ujian saringan RT-PCR yang dijalankan dua hari, bermula Khamis, 24 Februari di bangunan Parlimen melibatkan 1,474 individu terdiri daripada kalangan Ahli Parlimen, petugas dan wakil media massa. – BERNAMA – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button