Nasional

Agong perkenan Latheefa letak jawatan, Azam ganti

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan permohonan Latheefa Beebi Koya untuk memendekkan perkhidmatan kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkuatkuasa hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru juga berkuatkuasa hari ini.

AZAM BAKI

Azam sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya  (Operasi) SPRM.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Latheefa Beebi Koya atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM,” kata kenyataan tersebut.

Latheefa menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Mac lalu.

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu untuk tempoh dua tahun menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Sejak pelantikan itu, beliau membuka semula beberapa kes lama termasuk membabitkan orang kenamaan dan kepentingan awam.-SM

 

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button