Alam SekitarBanjirRencah Hidup

Agong cemar duli berjalan dalam banjir bantu rakyat

AMAT jarang sekali untuk menyaksikan pemimpin sanggup untuk berjalan di dalam air banjir sehingga basah badan dan pakaian dengan air yang datang dari mana.

Apatah lagi untuk melihat seorang sultan membawa putera-putera bakal pemimpin negeri, negara berjalan seiringan mengharungi air yang keruh berwarna seperti teh tarik untuk membantu rakyat.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menunjukkan contoh bagaimana seorang pemimpin tanpa mengenal darjat berjalan di dalam air banjir untuk berjumpa rakyat dan melihat apa kesusahan dan bantuan yang mereka perlukan.

Baginda mencemar duli bersama putera Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah diiringi anggota penyelamat meninjau situasi banjir dan bertemu rakyat di Kampung Lamir, Pekan, Pahang hari ini.

Turut serta Raja Permaisuri Agung Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan puteri baginda Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Seri Paduka Baginda berdua sepanjang hari telah berkenan melawat beberapa kampung yang telah dilanda banjir dan beberapa Pusat Pemindahan Sementara mangsa-mangsa banjir ditempatkan di sekitar Pekan, Pahang.

Facebook rasmi Istana Negara berkata, Yang di-Pertuan Agong mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan.

Dalam ruangan komen, rakyat di seluruh negara kagum dengan sifat dan komitment yang ditunjukkan oleh Yang di-Pertuan Agong sekeluarga.

“Salute Tuanku Al Sultan Abdullah atas keperihatinan ke atas rakyat jelata lebih-lebih lagi pada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan dari pihak yang berwajib. Daulat Tuanku,” ulas Reydho Sohod

“Daulat Tuanku. Terbaik. Sanggup turun padang meredah banjir. Tidak mengira penat lelah. Terbaik juga kepada PDRM dan ATM, tidak mengira penat lelah mengiringi Tuanku,” kata Goh Ju Lai.

“YB (ahli politik) patut malu dengan Agong. Allah permudahkan segala urusan Agong. Sayang Agong. Daulat Tuanku,” komen Seniman Mohd. Hafiz.

“Tuanku kita yang berjiwa rakyat. Sanggup redah banjir bersama-sama. Semoga Allah pelihara Tuanku sekeluarga dari segala bencana dan musibah di dunia ini. Amin,” doa Ahmad Nizar Yob.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button