Politik

Agenda tersirat DAP mahu pecah monopoli TNB

ANALISIS Oleh Awang Makmur

RAMAI terlupa bahawa pada 30 Jun 2018 telah keluar satu berita bertajuk “Tarif Elektrik Di Malaysia Naik Mulai Esok” dalam muka hadapan surat khabar Kosmo! Berita ini keluar ketika Menteri dari DAP iaitu Yeoh Bee Yin yang juga Ahli Parlimen dari Bakri menjaga Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ini berlaku di zaman Pakatan Harapan (PH). Ramai juga terlupa yang Kerajaan PH pada waktu itu dalam satu kenyataan media TNB pada 1 Julai 2018 telah menyatakan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWj yang telah diberikan kepada semua pengguna di Semenanjung dalam tempoh 6 bulan terdahulu, akan ditamatkan berkuatkuasa 1 Julai 2018.

Fail:Tenaga Nasional.svg - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Siapa yang ramai menikmati rebat elektrik ini di kawasan-kawasan luar bandar? Bukankah yang menikmati paling ramai adalah orang Melayu? Jadi, lihatlah bagaimana DAP mengerjakan kerajaan ini semasa mereka berkuasa sekejap.

Nasib baik PH tumbang semasa tempoh Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dikuatkuasakan di seluruh negara. Kalau tidak, rakyat akan disuruh ikat perut sahajalah dan jangan mimpilah TNB dan Kerajaan akan beri diskaun sampai 50 % kepada rakyat.

Alhamdulillah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan baru-baru ini, Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung berjumlah RM942 juta bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang PKP.

Kalau PH dan DAP masih lagi menjadi Menteri, jangan haraplah hendak dapat diskaun tambahan RM942 juta ini dan keseluruhan diskaun sebanyak RM2.2 billion. Menteri Kewangan DAP akan cakap, duit tidak ada, kerajaan tidak mahu pinjam duit lagi. Itulah alasan yang mereka akan beri.

Namun tahukah rakyat sekalian, daripada mana duit diskaun ini diperolehi? Ia daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), Kementerian Kewangan dan TNB. Siapakah pemilik TNB ini sebenarnya? Tahukah kita?

Sebanyak 16.7% pemegang saham TNB adalah KWSP. Manakala Permodalan Nasional Berhad (PNB) memiliki 18.1% saham TNB dan 6.7% peratus oleh KWAP. Keseluruhannya berjumlah 41.5%. Siapa yang melabur banyak dalam saham-saham PNB? Orang Melayu.

Siapa yang banyak menabung di KWSP? Sudah tentulah orang Melayu. Siapa pula di KWAP, juga orang Melayu. Jadi, TNB ini adalah milik bersama orang Melayu. Jangan mudah termakan persepsi dengan dakyah dan fitnah DAP yang mahu menyerang TNB tatkala ada sedikit kekeliruan berkaitan bil elektrik, baru-baru ini.

Akhirnya, pihak TNB dan Menteri dari Barisan Nasional (BN) selesaikan juga kekusutan yang berlaku. Orang Melayu kena pertahankan GLC yang jadi milik mereka bersama iaitu TNB. Jangan benarkan DAP dan pakatan pembangkang, PH serang agensi ini.

Lihat sahajalah bagaimana mereka “kerjakan” TNB semasa mereka perintah selama 22 bulan. Apakah itu tidak cukup lagi memberitahu kepada kita betapa chauvinisnya Menteri DAP dari Bakri itu?

DAP laung kononnya TNB monopoli namun di sebalik laungan itu ada agenda lain yang DAP mahukan. Agenda yang mereka gagal buat selama 22 bulan lepas. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button