Nasional

Affin Bank langgar undang-undang clear cek disetem tandatangan

Perbicaraan kes Ahmad Zahid

PELIK tapi benar! Macamanakah bank Affin boleh meluluskan (clear) cek-cek Yayasan Akalbudi yang tidak ditandatangan secara manual sebaliknya disetem tandatangan? Dalam erti kata lain, cek-cek dicop sahaja dan diclear/ditunaikan oleh bank.

Sepanjang duduk di dalam kamar Mahkamah Jenayah 1 Kuala Lumpur hari ini, seorang saksi baharu, saksi pendakwa yang mengemukakan keterangannya hari ini mengesahkan bahawa cek-cek yang tidak ditandatangani oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan hanya disetem tandatangan telah ditunaikan secara salah oleh pihak Bank Affin cawangan Jalan Bunus.

Saksi berkenaan, Rajan Taran A/l Singaruvelo ketika disoal balas oleh peguam utama Ahmad Zahid, Hisyam Teh Po Teik ketika ditunjukkan dokumen analisis pakar tandatangan, mengakui tindakan bank meluluskan cek-cek disetem tandatangan adalah tidak tepat, salah dan tidak sepatutnya berlaku.

Hisyam dalam soal balasnya menekankan, daripada 53 keping cek yang diclear,  49 cek telah dihantar untuk dinilai dan dianalisis oleh pakar kimia dan 32 keping cek tidak ditandatangani secara manual sebaliknya disetem tandatangan.

Walaupun pada mulanya Rajan Taran cuba untuk mengelak daripada menjawab soalan Hisyam sebaliknya cuba untuk menjelaskan kepada mahkamah tentang prosedur cheque clearing  namun Hakim Collin Lawrence Sequerah yang mendengar kes Ahmad Zahid bersetuju dengan peguambela agar Rajan Taran menjawab soalan “Ya, Tidak atau Saya tidak tahu”.

Sekiranya Rajan Taran ingin memberikan penjelasan, dia boleh melakukannya ketika disoal oleh pendakwaraya.

Hisyam dalam soal balasnya terhadap Rajan Taran menuntut saksi itu mengesahkan salinan daripada pakar analisis kimia berkaitan dengan tandatangan yang ditunjukkan kepadanya oleh Hisyam, bertarikh 28 Februari 2019 tetapi Rajan Taran agak degil untuk membuat pengesahan.

“Varify now Mr. Rajan on the IDD2 – copy of chemist record dated 28 February 2019 by Nur Musliha Bt Mohamad Noh. This is a chemist report,” kata Hisyam dalam Bahasa Inggeris dengan izin mahkamah ketika mengendalikan soal balas terhadap saksi.

Rajan Taran menjawab, “ I cant’ confirm on the face of it. “

Hakim Collin Lawrence mahu mendengar jawapan daripada saksi dan berkata, “ Yes, No or I don’t know.”

Soal balas saksi daripada pihak peguambela Ahmad Zahid disambung pula oleh Datuk Ahmad Zaidi Zainal.

Kali ini, Ahmad Zaidi mempersoalkan, tidak mungkin Rajan Taran boleh meluluskan atau clear cek-cek berjumlah 52 keping kerana transaksi cheque clearing berlaku sebelum Rajan Taran bertugas sebagai Pengurus Cawangan (Branch Manager) Affin Jalan Bunus.

Ini dikuatkan lagi dengan tarikh Rajan Taran mula bertugas ialah pada 9 April 2018.

“Jadi, isu transaksi before your time (sebelum masa anda). Anda bukan individu (person) yang terlibat dalam clearing 52 cek,” kata Ahmad Zaidi.

Jawab Rajan Taran, “Betul.”

Ketika membuat kenyataan bertulis sebagai saksi pendakwaan, Rajan Taran memberitahu mahkamah, dia tidak pernah melihat cek-cek asal sebaliknya ditunjukkan imej cek sahaja.

Ahmad Zaidi dalam soal balasnya terhadap saksi tersebut berkata, Rajan Taran bukan dalam kapasiti individu atau orang perseorangan sebaliknya bank secara umum, bagaimanakah bank boleh meluluskan/clear/ cek-cek yang disetem tandatangan?

Berdasarkan prosiding perbicaraan hari ini, sebagai sebuah institusi perbankan, Affin telah melanggar undang-undang apabila meluluskan (clear) cek-cek yang dicop, bukan ditandatangan.

Rajan Taran dilepaskan dan dibebaskan sebagai saksi selepas kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan berpuas hati dengan prosiding soal balas hari ini.

Perbicaran kes Ahmad Zahid bersambung esok pagi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button