Politik

ADUN Rembia, kini wakil rakyat Pas

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang sebelum ini adalah ahli UMNO, kini sah menjadi  wakil rakyat Pas-Perikatan Nasional (PN).

Ia diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu sidang media di Bangunan Parlimen.

Takiyuddin berkata, penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas telah diluluskan pada 10 Jun tahun lalu yang mana pada waktu itu Melaka belum lagi meminda undang-undang berkaitan lompat parti.

“Dewan Undangan Negeri Melaka sekarang ini kita bukan ada dua orang pembangkang, tetapi tiga orang pembangkang. Satu daripada (DUN) Bemban, (dan) satu Sungai Udang.

“Sekarang ini ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dari parti UMNO Barisan Nasional,” katanya.

Menurut beliau, Muhammad Jailani telah menyertai Pas sebelum Undang-undang Anti Lompat parti di Melaka diluluskan pada 31 Julai tahun lepas.

“Kalau di Parlimen selepas pindaan pun tak gugur, jadi kalau tidak ada undang-undang ni memang tak gugur. Ia dipanggil lawless.

“Tidak ada undang-undang lompat parti pada masa Datuk Jailani melompat daripada Umno kepada Perikatan Nasional ataupun kepada PAS itu,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button