NasionalPolitik

Adam Adli bidas kenyataan Syed Saddiq gelar kerajaan sebagai ‘NATO’

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim membidas kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggelar Kerajaan Perpaduan sebagai ‘kerajaan NATO’ (No Action Talk Only).
Dalam kenyataan menerusi Facebook, Adam Adli berkata kesemua tiga perkara dibangkitkan Ahli Parlimen Muar itu membabitkan soal peruntukan kepada pembangkang, pengisytiharan harta anggota Kabinet dan pengguguran kes rasuah, sudah banyak kali dijelaskan sama ada di dalam atau luar Parlimen.
Beliau berkata dalam soal pengisytiharan harta, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak Januari menyatakan ketegasannya dan mengarahkan agar mekanisme lebih telus dan menyeluruh disiapkan, bukan sekadar isytihar tanpa format yang khusus.
“Tidak sekadar kenyataan media, ia disepakati menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Siri 17 Bil. 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan sendiri Perdana Menteri pada Julai lepas,” katanya yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.
Berhubung pengguguran kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Adam Adli berkata ia telah dijelaskan secara terperinci oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen, semalam. – BERNAMA

Artikel berkaitan > Syed Saddiq kata Ahli Parlimen blok kerajaan hipokrit!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button