Nasional

Adakah benar menantu PM pemilik majoriti saham S5 System?

ADAKAH benar menantu Perdana Menteri merupakan pemilik majoriti saham S5 System Sdn. Bhd. yang dikaitkan sebagai rakan kongsi IRIS Corporation Berhad yang mendapat kontrak membangunkan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS) untuk Jabatan Imigresen yang bernilai RM1.159 bilion.

Pertanyaan itu merupakan antara empat soalan yang dilontarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin

Soalan kedua katanya, apakah benar S5 System adalah rakan kongsi IRIS (kerana) IRIS menggunakan konsortium untuk melobi kontrak itu dan S5 adalah pemain utamanya?

Mohd. Puad berkata, Muhyiddin juga perlu menjawab sama ada benar atau tidak anak Vincent sebagai pemegang majoriti saham IRIS membeli saham tersebut selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Perdana Menteri katanya, perlu memberi penjelasan mengapa projek mega NIIS tersebut diluluskan secara tergesa-gesa dalam tempoh darurat ketika ini.

“Muyhiddin juga perlu menjawab kerana pada 11 Disember 2018, beliau selaku Menteri Dalam Negeri kerajaan Pakatan Harapan telah membatalkan kontrak NIIS yang sudah diberi kepada Prestariang pada Ogos 2017. 

“Kemudian Muhyiddin minta proposal baru ‘request for proposal’ (RFP) pada tahun 2019. Ini memberi peluang syarikat yang ada kaitan dengan menantunya melobi dan membida, sebab itu Muhyiddin kena jawab. 

“Jangan membisu, jangan autokratik dan jangan guna darurat serta gantung Parlimen sebagai muslihat untuk buat perkara lain kerana banyak yang rakyat mahu tahu termasuk tindakan saman oleh Prestariang yang menuntut ganti rugi sebanyak RM732 Juta. (Dalam hal ini) Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti berani menyiasat,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Mohd. Puad berkata, empat soalan itu ditujukan kepada Muhyiddin kerana beliau adalah Perdana Menteri. 

IRIS Corporation Bhd. baru-baru ini telah mengumumkan di Bursa Malaysia bahawa mereka meraih kontrak membangunkan NIIS menerusi Surat Tawaran Projek (LOA) bertarikh 29 Januari lalu daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menantu lelaki Muhyiddin, Datuk Adlan Berhan dikatakan rakan kongsi IRIS, manakala anak lelaki  usahawan terkemukan Tan Sri Vincent Tan adalah pemilik majoriti saham IRIS. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button