Rencana

Ada wakil rakyat hanya berguna bila meninggal dunia

KETIKA ini Syed Saddiq Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar telah tiba di Kuala Lumpur selepas 48 jam berlari dari Muar, Johor, semata-mata mahu mengutip dana untuk rakyat di kawasan beliau.

Setakat ini beliau memaklumkan telah berjaya mengutip lebih RM100, 000 hasil sumbangan orang ramai. Dan beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana kerajaan dewasa ini menyekat peruntukan kepada kawasan pembangkang.

Sebelum ini Syed Saddiq pernah mencukur botak kepalanya dan pelbagai inisiatif lain untuk mengutip dana bagi membantu rakyat di kawasan beliau. Namun, kali ini paling ekstrem apabila memutuskan untuk berlari 200km ke KL.

Apa pun saya tabik langkah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Muar itu, berbanding sesetengah wakil rakyat memang tidak berguna langsung kepada masyarakat.

Selepas menang pilihan raya terus menghilangkan diri. Wakil rakyat sebegini hanya berguna apabila mati. Ini adalah kerana bagi mengisi kekosongan berkenaan pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Ketika inilah pelbagai bantuan dan peruntukan disalurkan kerajaan kepada rakyat.

Jadi tidak hairan jika rakyat selalu berdoa agar wakil rakyat mereka cepat mati.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button