Acara lari dalam guni diakhiri maut
Seorang wanita berumur 36 tahun maut ketika menyertai acara lumba lari dalam guni ketika acara sambutan hari kemerdekaan Republik Indonesia ke-78.
Menerusi hantaran di Tiktok, kelihatan acara sukaneka yang dihadiri oleh orang ramai bersorak memberikan sokongan kepada dua wanita yang sedang berlari menuju ke garisan penamat sambil menyarungkan guni.
Namun sampai ke garisan penamat, wanita tersebut rebah secara tiba-tiba, wanita terbabit segera dibawa ke hospital yang berdekatan selepas tidak sedarkan diri bagi membuat pemeriksaan lanjut.
Malangnya, wanita terbabit meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan.
Menurut sumber punca kematian akibat kepenatan menyertai acara tersebut. Kejadian yang berlaku di negara seberang.
Artikle Berkaitan :>