NasionalpilihanUncategorized

Abdul Hadi Awang sokong penuh Muhyiddin jadi Pengerusi MPN

PELANTIKAN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara disokong penuh oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Abdul Hadi, pelantikan tersebut adalah satu kesinambungan tugasan yang dimulakan Muhyiddin sesuaru dengan pengalamannya dalam menangani pandemik Covid-19.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

“Semoga gandingan beliau bersama YAB Perdana Menteri mengharapkan segala usaha dan perancangan memulihkan negara berjalan lancar, demi menjamin kelangsungan hidup dan kestabilan ekonomi rakyat.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri.
Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri juga berbesar hati menerima pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara dan menjalankan tugas secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button