Abah kembali ke dalam kabinet trending di media sosial
BAGI anak muda Khairy Jamaluddin dipanggil Abah. Kebanyakan orang pulang memanggil beliau KJ.
Menteri kabinet yang kacak, tinggi lampai dan berkulit gelap menjadi trending di media sosial dan khususnya dengan ciapan ‘Abah kembali’.
Abah yang sebelum ini popular semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan sangat digemari oleh golongan muda, apatah lagi beliau adalah hasil kilang Pemuda UMNO.
Menantu kepada bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi itu juga dikagumi kerana berjaya menamatkan acara lasak Ironman.
Selain lasak dan berpandangan jauh ke hadapan KJ juga terkenal sebagai menteri kabinet yang lantang dan semasa menjadi pembangkang juga beliau membuatkan barisan menteri sering terkesima dengan cara beliau menyampaikan hujah di parlimen.
Dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional beliau dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi.