fbpx


Hiburan

Pengikut Fizo Omar di IG naik mencanak

PENANGAN drama Maaf Tak Indah, actor Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Fizo Omar terkejut apabila pengikutnya di Instagram naik mencanak.

Memetik laporan ASTRO Gempak, IG milik Fizo Omar, @fizoomar mencecah 2 juta pengikut dan semestinya itu menggembirakan actor berkenaan.

Pada firasat Fizo, peningkatan jumlah pengkut di IG miliknya besar kemungkinan didorong oleh watak yang dilakonkannya dalam drama Maaf Tak Indah.

“2 juta pengikut guys! Terima kasih untuk angka itu, peminat, pengikut, penyokong, keluarga dan rakan-rakan.

“Penangan Maaf Tak Indah bawa watak Jai ramai pula yang suka dan mula ikut berbanding dengan watak Ikram dalam Adella Sofea siap banyak unfollow lagi.


“Apapun, terima kasih guys kerana menyokong dan nantikan lebih banyak program dalam media sosial tak lama lagi,” ujarnya.

Entri atau kemasukan tersebut menerima pelbagai maklumbalas daripada pengikutnya.

“Yang 5,000 unfollow tu dah follow balik ke?

“Ada yang buat u-turn ke..

“Wah dah naik balik dah!,” tulis sebahagian daripada peminat dan juga pengikut tegar Fizo.

Sebelum ini, Fizo mendedahkan hilanglebih 5,000 orang pengikut gara-gara watak yang dilakonkannya dalam drama berjudul Adellea Sofea.

Dalam drama itu, Fizo digandingkan dengan pelakon wanita, Mira Filzah.

Menurut Fizo, disebabkan watak lakonannya dalam tersebut, dirinya dibenci peminat.

“Penangan Ikram! Lebih 5,000 unfollow aku dekat Instagram bro!! Hahaha.. Tuan director @budakijat gelakkan aku s&%t!

“Ni abang punya pasallah…Hahaha by the way terima kasih sangat @budakijat yang menjahatkan Ikram dan mengasah aku dekat set. Terima kasih sangat abang.

“Yang dah unfollow tu jangan emo sangat yea, nanti dah habis #adelleasofea ni korang follow aku balik yea hahahaha. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button