Politik

Saya sudah bersedia untuk pimpin parti, negara

Khairy Jamaludin berkata beliau sudah bersedia untuk memimpin negara dan parti.

Jika menang di Sungai Buloh Khairy berkata beliau akan menerajui UMNO dan kerajaan sebagai Perdana Menteri.

Walaupun menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk terus dilantik sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya ini, tetapi beliau menyatakan bersedia bila-bila masa untuk mengambil-alih tempat itu bila sampai masanya.

”Saya berusia 46 tahun, dan masih boleh menunggu, tapi jangan lama sangat,” katanya ketika berucap berkempen di Sungai Buloh.

Khairy atau KJ calon Barisan Nasional (BN) dan Sungai Buloh merupakan kubu kuat Pakatan Harapan yang menang sekitar 26,000 majoriti undi pada pilihan raya lalu.

KJ menyifatkan beliau kini bertarung di kandang naga dan jika berjaya beliau akan bawa para pengundi ke tahap lebih tinggi.

Justeru beliau meminta pengundi Sungai Buloh memberi sokongan padu kepada beliau.

Ini pertama kali KJ menyatakan secara terbuka tentang hasrat untuk menjadi presiden parti dan perdana menteri.

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button