
Politik
Aizad Roslan ganti Syed Saddiq ketuai Armada
Naib ketua Armada Aizad Roslan dipilih menangku jawatan Ketua Armada selepas penyandang sebelum ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digugurkan keahlian parti pada 28 Mei lalu.
Armada dalam satu kenyataan turut mengumumkan rombakan bagi jawatan ketua penerangan dan penolong bendahari parti itu.
Rafiq Hakim Razali akan digantikan dengan Fairuz Renddan bagi jawatan penolong bendahari sementara Ulya Aqamah Husamuddin digantikan dengan Izhar Shah Ariff Shah.-SM