Nasional

Wanita 33 tahun alami tekanan berjaya diselamatkan Polis dan Bomba

BERTINDAK daripada maklumat orang awam memaklumkan bahawa sebuah kereta sesat masuk ke kawasan kebun getah.

Sepasukan polis dari Balai Polis Karak, Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong diketuai Sjn Zachary Adams a/k Singkin, Kpl Norsiah Bt Mahammud, Kpl Kamarullzaman bin Shafi’e, Kpl Muhamad Hafiz bin Mohd Hasan dan Konst Alif Ikbar bin Abdul Rashid telah ke lokasi lebih kurang jam 7.10 pagi.

Setelah sampai di lokasi, didapati seorang wanita warganegara tempatan berusia 33 tahun dalam keadaan cemas berada di dalam kereta dan tidak mahu membuka pintu kereta. Pihak Polis telah menghubungi Bomba untuk mendapatkan bantuan.

Setelah pihak Bomba berjaya membuka pintu kereta mangsa terus memeluk anggota Balai Polis Karak Kpl Norsiah Bt Mahammud sambil menangis teresak-esak.

Mangsa memaklumkan baru keluar wad dan dalam keadaan tertekan. Seterusnya mangsa dibawa ke Balai Polis Karak. Anggota Balai Polis Karak telah menghubungi keluarga mangsa untuk datang ke Balai Polis Karak untuk mengambil mangsa.

‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Sumber: POLIS BENTONG

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button