PENGGUNA 47 kawasan di Wilayah Petaling disaran menyimpan bekalan air secukupnya susulan gangguan air berjadual pada Selasa depan.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan gangguan selama 24 jam, mulai 9 pagi pada 21 Jun susulan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di kolam air Bukit Dengkil.
“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 9 pagi 22 Jun 2022. Pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dah pastikan semua bekas simpanan air ditutup,” kata agensi menerusi Facebook, semalam. – SM