Mahkamah

Miliki MyKad palsu: Wanita warganegara Filipina dipenjara tiga bulan

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 13 Jun – Gara-gara memiliki MyKad bukan miliknya selama 21 tahun, seorang wanita warganegara
Filipina dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh di sini hari ini.

Elenita Maisoq, 51, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa
mahkamah di hadapan Majistret Nabiha Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga ibu tunggal anak tiga didapati tanpa kuasa yang sah atau sebab
yang munasabah telah memiliki kad pengenalan palsu menggunakan nama Nuria binti Rahman beralamat di Sungai
Udang, Melaka.

Tertuduh mengakui nama sebenarnya adalah Elenita Maisog berusia 50 tahun dan berasal dari Misamis
Occidental, Filipina.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) Negeri Melaka pada jam 3 petang, 9 Jun lalu.

Tertuduh didapati bersalah di bawah peraturan 25 (1) (e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-
Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tidak melebihi tiga tahun
atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Prosiding dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ahmad Amirul Ahmad Jamal dan
tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Hasil semakan daripada rekod nombor kad pengenalan atau MyKad yang dimiliki tertuduh merujuk kepada
individu bernama Sapina.

Semakan JPN bagaimanapun tidak dapat membuat perbandingan cap jari berikutan pemilik sebenar nombor kad
pengenalan tersebut tidak membuat permohonan kad pengenalan disebabkan taraf kewarganegaraan adalah bukan
warganegara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button