NasionalPolitik
Trending

Ahli Bersatu terlibat dadah akan dikenakan tindakan – Dr Mahathir

BERSATU memberi amaran untuk mengenakan tindakan terhadap ahlinya jika mereka antara 17 orang yang ditahan dalam satu kes dadah semalam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu berkata bagaimanapun, parti itu perlu mendapatkan maklumat mengenai kes tersebut, sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Kita akan tunggu maklumat sebelum kami putuskan apa nak buat. Tiada sesiapa terlepas daripada undang-undang. Tidak kira siapa anda. Malah jika saya langgar undang-undang, saya akan masuk penjara,” katanya selepas melawat Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Berhad di sini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini berkata 17 orang ditahan di sebuah kondominium di Jalan Puchong, Kuala Lumpur, semalam, dengan kebanyakan mereka didapati positif dadah.

Dr Mahathir ditanya media mengenai penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Bersatu yang telah disahkan Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Ansari, hari ini.

Penahanan ADUN tersebut viral di media sosial hari ini.– BERNAMA

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button