Hiburan

Tiga Janda Melawan Dunia Dikalahkan Oleh ‘Persepsi Perkataan’

Filem Tiga Janda Melawan Dunia Filem ibarat dikalahkan oleh persepsi perkataan sedangkan filem itu dari sudut sinematografi dan teknikalnya teramatlah baik.

Mungkin disebabkan hadirnya perkataan ‘janda’, filem lakunan Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura sedikit sendu dan kurang diberi perhatian.

Dalam filem ini, Khatijah Tan membawa watak Midah, Normah Damanhuri membawa watak Rohayu dan Raja Azura membawa watak Ani.

Ketiga-tiga janda ini dipaparkan berusaha keras mencari duit untuk membeli tiket konsert artis pujaan mereka iaitu Norman Hakim (Aiman Zalini).

Jalan ceritanya cukup mudah, sesuai untuk tontonan seisi keluarga, akan sentiasa ada gelak tawa berterusan dari awal filem hingga pengakhirannya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button