Nasional

Wanita maut terkena serpihan patung batu yang jatuh

IPOH: Seorang wanita maut selepas dihempap serpihan patung batu yang jatuh dari bangunan kuil ketika upacara penyucian di Buntong, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, R Manimegalai, 53, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas cedera parah di kepala.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kejadian itu turut menyaksikan dua lagi wanita cedera ringan.

Beliau berkata kejadian itu berlaku di Kuil Arulmigu Visalatchi Sametha Viswanathar Sivalayam Paripalana Sabah di Buntong, ketika kuil itu mengadakan upacara Maha Kumbhabishegam (pengudusan).

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut untuk siasatan.

“Laporan Kematian Mengejut (SDR) telah dibuka untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Menurutnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan (ASP) Hassbullah Hasan di talian 013-5555585 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, difahamkan ketika kejadian, kren digunakan semasa upacara yang dihadiri penganut Hindu.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button