Ismaniza Fahida Dapat Anugerah Cikgu Paling Jelita & Popular!
Kisah seorang guru yang prihatin kepada anak-anak muridnya, Ismaniza Fahida Ismail yang sentiasa cuba menghadiahkan kebahagiaan mendapat perhatian media, baru-baru ini.
Ismaniza yang juga merupakan pengasas bagi jenama Cik Puan Gojes (CPG) Cosmetics turut menerima anugerah sebagai cikgu paling jelita dan popular sempena Hari Guru 2022.
Meskipun pernah berdepan dengan pelbagai cabaran, usikan nakal beberapa pihak yang boleh dikatakan mencemburui usaha Ismaniza, tidaklah dia berhenti melangkah.
Sepanjang mengikut perkembangannya di beberapa media sosial miliknya, budaya terus membahagiakan para pelajar kurang berkemampuan tetap diteruskan seperti biasa.
Mungkin berkat daripada sikap suka membantu itu dibalas pula dengan rezeki Allah SWT apabila produk CPG Cosmetics terus mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli.
Kalau dilihat secara holistik, mana-mana pembeli produk CPG Cosmetics juga ibarat membantu tanpa sedar untuk Ismaniza melakukan kerja-kerja kebajikannya.
Inilah manfaatnya apabila kempen Buy Muslim First (BMF) secara tidak langsung berjaya tersuntik ke dalam hati rakyat Malaysia untuk menjana ekonomi dan disalurkan semula kepada masyarakat!