Nasional
PM jemput Keluarga Malaysia ke Rumah Terbuka Aidilfitri Bera Sabtu ini
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjemput orang ramai menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri kawasan Parlimen Bera pada Sabtu ini (7 Mei).
Dalam catatan di laman Facebooknya pada Khamis, Ismail Sabri berkata, Rumah Terbuka itu akan diadakan di Laman Kerayong, Bera dari jam 9 pagi hingga 2 petang.
“Bawa anak-anak, keluarga dan rakan-rakan anda. Kami meraikan bersama sebagai ahli keluarga Malaysia,” katanya.
Pada Selasa, Ismail Sabri menyampaikan jemputan kepada seluruh ahli keluarga Malaysia untuk menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, pada Ahad (8 Mei) dari 10 pagi hingga 4 petang. – SM