Bank Rakyat edar 6,000 bubur lambuk sekitar Bangsar
BANK RAKYAT meneruskan program “Rindunya Ramadan’ pada tahun ini dengan meneruskan tradisi pengedaran bubur lambuk yang memasuki tahun kesembilan berturut-turut penganjuranya.
Dalam satu kenyataan, untuk tahun ini mereka menyediakan sebanyak 6,000 bungkus bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan.
Majlis pengedaran bubur lambuk tersebut telah disempurnakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat yang diketuai pleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mohammad Hanis Osman.
Program ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh Bank Rakyat bagi mengimarahkan bulan Ramadan.
Selain itu, program tersebut juga merupakan tanggungjawab sosial pihak bank untuk berkongsi rezeki dengan komuniti setempat.
Bubur lambuk itu diagihkan kepada orang ramai bermula jam 2:30 petang di beberapa lokasi, antaranya seperti Jalan Rakyat, Stesen LRT Bank Rakyat Bangsar, KL Sentral, IPD Brickfields, Balai Polis Brickfields dan Jalan Tun H. S. Lee serta agensi media yang berhampiran.
Selain menghargai petugas barisan hadapan, pek bubur lambuk ini turut diberikan kepada pelanggan serta komuniti setempat di sekitar Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR) atas sokongan yang diberikan kepada Bank Rakyat.
Sejumlah 20 kawah digunakan untuk menyediakan bubur lambuk itu seawall jam 3:00 pagi, diketuai tukang masak dari Kampung Baru, Wan Nawawi Haji Ghazali. – SM
Baca artikel ini > Bank Rakyat semarakkan ‘Rindunya Ramadan’ dan ‘Rindu Nak Raya’