Nasional

Kerajaan sedang mengkaji cara untuk mengawal penjualan petrol bersubsidi kepada pemilik kenderaan asing

KERAJAAN melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mengkaji cara untuk menambah baik Akta Kawalan Bekalan 1961 sebagai langkah untuk memperbaiki kelemahan dalam penjualan petrol bersubsidi RON95 kepada pemilik kenderaan asing.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata langkah itu bagi mengetatkan penguatkuasaan termasuk cadangan mengenakan tindakan terhadap individu terbabit.

“Kami kini sedang meneliti perkara itu dan telah mengadakan mesyuarat semalam bagi memperkasakan Akta Kawalan Bekalan bagi memastikan tindakan diambil terhadap mereka yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum pelancaran program anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di tapak Bazar Ramadan di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, pada Jumaat.

Pada masa ini, tindakan hanya boleh diambil terhadap pengusaha stesen minyak dan bukannya individu asing yang mengisi kenderaan berdaftar asing mereka dengan petrol RON95 bersubsidi.

Produk pilihan SMxShopee > bantu mengoptimumkan bahan bakar kenderaan anda

Sementara itu, Rosol berkata siasatan penguatkuasaan mendapati peniaga ayam yang dikenakan kompaun enggan mendedahkan pemborong yang membekalkan ayam kepada mereka kerana mendakwa telah diberi amaran supaya tidak membuat aduan kepada Kementerian.

“Apabila kita tanya kenapa tidak mahu dedahkan (sumber bekalan), mereka (peniaga) berkata mereka diberi amaran bahawa jika mereka berbuat demikian, mereka tidak akan mendapat bekalan ayam lagi. Itu maklumat yang kami dapat, jadi ini sesuatu yang tidak boleh dibenarkan dan kami sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, sempena ulang tahun SSM, diskaun sehingga 90% telah diberikan kepada syarikat yang dikompaun dan inisiatif ini berakhir pada 30 Jun ini. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button