Nasional
Gempa bumi lemah di Sabah
GEMPA bumi lemah berukuran 3.8 skala ritcher berlaku di Beluran, Sabah kira-kira jam 8:39 malam, semalam.
Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman tujuh kilometer itu berlaku pada jarak 47 kilometer timur dari Pitas, Sabah.
“Gempa mungkin dirasai di Beluran dan sekitarnya. Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan ini” MetMalaysia. – SM