Nasional

Berusaha menetapi ajaran al-Quran dan al-Sunnah – Raja Perlis

KEPIMPINAN utama, jentera pentadbiran kerajaan negeri, pegawai dan staf sokongan serta semua rakyat negeri Perlis hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dalam mengukuh dan memperteguhkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail

Baginda turut bertitah agar setiap rakyat negeri itu benar-benar memahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan dalil yang sahih daripada al-Quran dan al-Sunnah agar kebaikan sentiasa diutamakan di negeri tersebut sesuai dengan ajaran agama.

“Dalam melaksanakan ibadah dalam kehidupan seharian kita semua, pegangan negeri perlis adalah tidak taksub kepada mana-mana mazhab fekah, tetapi sentiasa berusaha menepati al-Quran dan al-sunnah” titah baginda ketika Majlis Perasmian Penutup Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Perlis di Dewan Warisan, malam tadi.

Raja Perlis semasa Majlis Perasmian Penutup Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Perlis

Sehubungan dengan itu, baginda bertitah, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis dan agensi-agensi agama di dalam negeri Perlis hendaklah diperkasakan agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan agensi-agensi lain di negeri ini.

Justeru Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Mufti Perlis perlu sentiasa membantu memberikan panduan dan bimbingan kepada rakyat yang berhasrat untuk mempelajari membaca dan menghafaz al-Quran. – Bernama – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button