Jenayah

Sub Inspektor Polis mengaku tidak bersalah dakwaan terima rasuah RM21,800

SEORANG ketua balai polis mengaku tidak bersalah ke atas lima pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh Hakim Elesabet Paya Wan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.

Tertuduh yang berpangkat Sub Inspektor didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik pusat hiburan dua tahun lalu dan memperoleh wang suapan berjumlah RM21,800.

“Mengikut dua pertuduhan di bawah seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, tertuduh,  Abdul Halim Ilias, 59, didakwa meminta wang tunai RM8,000 daripada pemilik premis Restoran The Stage Music Lounge Plt, Hang Kah Joon, pada 4 Ogos 2020” — Bernama

Manakala, tiga lagi pertuduhan ke atas tertuduh di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana bersetuju dan memperoleh sejumlah suapan daripada individu yang sama antara 4 Ogos dan 11 Ogos di premis berkenaan serta bilik pejabat Balai Polis Tengkera, Melaka Tengah.

Bagaimanapun, tertuduh akan berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah suapan yang diterima sekiranya disabitkan kesalahan.

Elesabet pada penghakimannya, menetapkan tertuduh diikat jamin RM5,000 beserta penyerahan passport kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM Melaka sehingga kes selesai. – Bernama — SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button