BeritaPendidikan

Akhirnya masalah bebanan beg berat anak-anak bakal selesai

SEJAK sekian lama kita sering tonton anak-anak ‘orang puteh’ menyimpan buku mereka di dalam loker yang disediakan di sekolah-sekolah di negara-negara maju.

Ia merupakan kaedah paling terbaik untuk menyelesaikan masalah beg berat yang dihadapi oleh anak-anak khususnya berada di sekolah rendah.

Malaysia akhirnya apabila memasuki tahun 2022 barulah idea itu mahu dilaksanakan di negara ini.

Jika sebelum ini isu bebanan beg berat hanya jadi perdebatan yang tidak berkesudahan, kini isu ini menampakkan jalan penyelesaiannya.

BACA JUGA: Tubuh Jawatankuasa Petugas pantau isu beg sekolah berat

Related Articles

Tahniah Menteri Pendidikan Datuk Seri Radzi Jidin yang mengumumkan hari ini peruntukan sebanyak RM37.3 juta akan dibelanjakan bagi menyediakan kemudahan tersebut.

Kenapa saya ucap tahniah kepada menteri dan tidak kementerian? Mudah sahaja kementerian ini telah lama wujud dan beberapa kali bertukar nama pernah menggunakan nama Kementerian Pelajaran, tetapi masih tidak mampu mencari penyelesaian kepada masalah yang remeh ini.

Lawatan demi lawatan ke luar negara tetapi gagal mencari jawapan kepada masalah yang mudah ini. Kini Radzi selaku menteri yang terkenal dengan idea yang praktikal berani melaksanakannya.

Buat permulaan ia akan melibatkan pelajar di Tahun Satu, Dua dan Tiga di sekolah beroperasi dua sesi.

Seramai 323,186 murid dalam 10,662 kelas akan mendapat manfaat.

Fasa kedua dijangka bermula tahun hadapan akan melibatkan murid Tahun Empat, Lima dan Enam di sekolah yang beroperasi dalam dua sesi.

Murid yang berada di sekolah satu sesi pula akan menyimpan buku mereka di dalam laci meja.

Namun kemudahan ini dapat disegerakan kepada semua sekolah seluruh negara termasuk sekolah menengah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button