Politik

8 Bukti Sahih Penggunaan Duit Oleh Najib Razak Yang Dikemukakan Di Mahkamah

Datuk Seri Najib Razak memaklumkan RM42 juta duit SRC yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya digunakan untuk tujuan sedekah dan Corporate Social Responsibility (CSR).

Menangkis kenyataan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menilai dan melihat bukti-bukti sahih tentang penggunaan duit tersebut yang telah dikemukakan di mahkamah.

Antaranya:

1. RM449,586.95 untuk bayar Kad Kredit Visa Platinum Najib;

2. RM2,833,147.21 untuk bayar kad kredit Mastercard Platinum Najib;

3. RM240,000 dibayar kepada Vital Spire Sdn Bhd milik seorang ADUN Umno Johor untuk mengendalikan sebuah portal online;

4. RM2.5 juta dibayar kepada sebuah firma guaman untuk kerja-kerja “political intelligence”;

5. RM238,914 dibayar kepada seorang Tan Sri untuk kerja-kerja mempromosi Ah Jib Gor kepada masyarakat Cina;

6. RM100,000 dibayar kepada seorang kontraktor untuk membina bilik stor kediaman peribadinya di Kuala Lumpur;

7. RM56,500 dibayar kepada sebuah syarikat plumbing untuk kerja-kerja pemasangan tangki air di kediaman peribadinya di Kuala Lumpur;

8. RM77,300 dibayar kepada seorang kontraktor untuk membaiki kediaman peribadinya di Pekan.

Kelapan-lapan bukti sahih ini ditulis kembali oleh Muhyiddin menerusi Facebook rasmi miliknya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button