Politik

Najib dedah muslihat Muhyiddin semasa PRN Sabah dan niat untuk bunuh UMNO

Datuk Seri Najib Tun Razak melalui hantaran ke media sosial mendedahkan bagaimana muslihat Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN Sabah).

Berikut hantaran Najib ke Facebook;

Menurut Najib Muhyiddin berkata:

“Mengenai calon Ketua Menteri Sabah, saya telah menyatakan kepada Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO supaya menamakan calon KM Sabah daripada UMNO. Tetapi dia tidak menamakan sesiapa pun .

Kerana itu saya telah menamakan Datuk Seri Panglima Hajiji sebagai calon KM Sabah daripada PN sekiranya PN memenangi jumlah kerusi yang terbesar dalam kalangan parti-parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).”

Tapi internet tak lupa.

Hari dia kata Hajiji bakal Ketua Menteri Sabah: 12 Sept 2020

Hari penamaan calon (iaitu bermulanya kempen PRN Sabah: 12 Sept 2020

Jadi, tang mana yang kamu tunggu hingga kempen tamat sedangkan sebelum kempen bermula pun kamu sudah berniat nak namakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah?

Awal-awal lagi dia sudah rancang – bukan sehingga tempoh kempen tamat seperti dalam kenyataan dia tadi.

Lagipun, tempat-tempat DUN Sabah yang PPBM menang itu merupakan kerusi tradisional UMNO. Kebanyakkan calon pun katak yang lompat dari UMNO.

– UMNO disuruh serahkan kerusi tersebut pada PPBM.

– UMNO disuruh berkempen untuk mereka di kerusi diserahkan UMNO.

– UIMNO menang 14 kerusi. PPBM menang 11 kerusi.

– Tapi PPBM pula jadi Ketua Menteri Sabah.

Tak payah nak putar belit lagi. Niat kamu sudah kita tahu.

Memandangkan PM8 ada membaca posting saya maka saya juga tuntut dia nafikan kenyataan yang dikeluarkan Ketua PPBM Johor minggu lepas:

“Muhyiddin berpendirian, dominasi kerajaan BN mesti ditamatkan dan Umno yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang,”

“26 Jan 2022: ‘Muhyiddin tak tanding PRN Johor bagi tumpu usaha tamatkan dominasi BN”

https://www.malaysiakini.com/news/608544

Sila juga nafikan rakaman ini bukan suara kamu yang didakwa dari mesyuarat MKT PPBM pada 23 Feb 2020 di mana suara ini merancang untuk sogok ahli-ahli UMNO untuk menjadi parti terbesar kerajaan?

“Scheme of things”

https://youtu.be/NkJBRfrzm4M

Cuba nafikan

Jadi, kenapa pula UMNO perlu berkawan dengan pihak yang niat sebenarnya ialah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya dengan rancangan dari awal-awal lagi untuk sogok dan beli ahli UMNO?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button