Itali dijangka longgar sekatan Covid-19
ITALI akan mengumumkan jadual kelonggaran sekatan Covid-19 tidak lama lagi susulan kes jangkitan varian Omicron mula menunjukkan penurunan, kata Perdana Menteri, Mario Draghi.
Negara itu merekodkan lebih 147,000 kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dan 11.23 juta kes sejak pandemik itu dikesan dua tahun lalu.
Banyak sekatan mula dilonggarkan termasuk pengangkutan, bar dan restoran untuk mereka yang telah lengkap divaksin manakala sekatan yang ketat masih dikenakan terhadap mereka yang tidak divaksin.
Bagaimanapun pemakaian pelitup muka tetapi diwajibkan apabila berada di luar rumah.
“Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan meneruskan laluan pembukaan semula ini (melonggarkan sekatan).
“Berdasarkan bukti saintifik, kami akan mengumumkan jadual untuk menarik balik sekatan semasa,” kata Draghi yang dipetik pada mesyuarat Kabinet.
Kempen vaksinasi kerajaan itu berjaya dilaksanakan secara meluas apabila lebih 80% penduduknya telah menerima dua dos vaksin manakala lebih 57% pula telah menerima dos penggalak.
Draghi berkata, kesahihan pas kesihatan Covid-19 yang menunjukkan seseorang sudah diberi vaksin atau baru pulih daripada penyakit itu diperlukan untuk mendapatkan akses kepada kebanyakan aktiviti.
Kerajaan Itali juga turut melonggarkan peraturan kuarantin di sekolah untuk murid yang telah menerima suntikan vaksin. – SM