NasionalNegeriPRK

SPR akan umum tarikh PRN Johor

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) secara rasminya telah menerima notis daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari 2022, baru-baru ini sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan Fasal (4) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 berkehendakkan suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN tersebut.

“Sehubungan itu, satu Mesyuarat Khas berkaitan urusan PRU DUN Johor Ke-15 akan diadakan pada 9 Februari 2022 (Rabu),” katanya.

Mesyuarat Khas tersebut , kata beliau lagi, akan dipengerusikan oleh Datuk Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR.

Katanya, Abdul Ghani yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Johor seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button