Wanita disaman, pandu sepanjang lorong motosikal Duke
PETALING JAYA: Polis telah mengeluarkan saman kepada pemilik Perodua Axia yang ditunjukkan dalam klip video tular yang dipandu di laluan motosikal di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).
Insiden itu telah dirakam dan video itu menjadi tular di media sosial, mengundang kritikan daripada netizen berhubung bahaya perbuatan itu kepada pengguna lebuh raya lain.
Ketua Penguatkuasa Trafik Kuala Lumpur Sarifudin Mohd Salleh berkata pihaknya mula mengesan pemilik kenderaan itu sejurus selepas menerima video tular,
“Pemilik kenderaan itu yang merupakan wanita tempatan berusia 49 tahun ditemui kira-kira jam 5 petang Sabtu,” katanya dalam satu kenyataan. “Saman telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan kerana tidak mengikut papan tanda lalu lintas.”
Katanya, lorong motosikal itu adalah laluan yang dikhaskan untuk motosikal sahaja, dan kenderaan seperti kereta tidak dibenarkan melaluinya.
“Tindakan sedemikian membahayakan pengguna jalan raya lain dan boleh mengakibatkan kemalangan,” katanya.