Negeri

Kanak-kanak lelaki 2 tahun hilang ditemukan lemas

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang dalam kejadian di Kampung Sungai Zon Kumareling, Tambunan, semalam, ditemukan lemas.

Mohammad Syaril ditemukan orang awam kira-kira 3 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Terdahulu, dalam kejadian pukul 6 petang itu, mangsa dilaporkan hilang selepas ibunya menemui selipar milik mangsa di tepi sungai di belakang rumah mereka.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan selepas ditemui.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat oleh anggota bomba ditamatkan pada pagi tadi tadi. – SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button