Nasional

Trend bawa padah: Guna paku di pembungkus makanan

TREND kejadahnya bungkus makanan dijual kepada pembeli dengan menggunakan paku? Ini satu trend yang tidak patut menjadi amalan walaupun kononnya ia dianggap hipster tetapi menggunakan paku?

Sememangnya tidak ada apa yang nampak menarik di mata jika paku digunakan untuk pembungkusan makanan. Lagipun, penggunaan material paku sebenarnya berbahaya kepada pengguna.

Dalam satu muatnaik laman Facebook Public Health Malaysia, paku dianggap sebagai food hazard dan ia amat tidak sesuai digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan.

Sedangkan penggunaan stapler atau dawai kokot pun dilarang, aptah lagi paku. Akal letak di mana agaknya ya.

Mengambil contoh kejadian terdahulu yang pernah berlaku, FB Public Health Malaysia mendedahkan satu kes yang mana seorang kanak-kanak pernah tertelan paku.

Kanak-kanak tersebut mengalami sakit perut dan menerusi imbasan x-ray mendapati, paku itu telah sampai ke bahagian perutnya.

Maka pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan ke atas kanak-kanak malang itu untuk mengeluarkan paku dari dalam perutnya.

Public Health Malaysia memberi peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati dan mengelakkan daripada membeli makanan yang dibungkus atau ditutup dengan menggunakan paku bagi mengelakkan kehadiran bendasing di dalam makanan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button