Ekonomi

BIMB, UTM laksana projek solar

Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), baru-baru ini telah menyiapkan projek sistem tenaga solar fotovoltaik (PV) di Tanjung Surat, Johor.

Dalam satu kenyataan, BIMB berkata projek bernilai RM87,800 itu dibiayai oleh Sadaqa House dan akan menyediakan bekalan elektrik berkuasa solar kepada masyarakat yang tinggal di rumah rakit di kawasan itu.

BIMB berkata panel solar boleh menjana bekalan kuasa selama 48 jam tanpa cahaya matahari.

Projek ini juga berfungsi sebagai tempat latihan untuk pelajar dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas dan Pasir Gudang, Politeknik Ibrahim Sultan dan Politeknik Port Dickson.

Kerjasama ini adalah kesinambungan daripada kejayaan projek perintis tenaga solar, Eco-Balai Rawatan yang diadakan di Kampung Orang Asli Pucur, Kluang pada tahun 2017 dan Kampung Orang Asli Woh Intake Tapah, Perak pada tahun 2020, yang memberi manfaat kepada lebih daripada 90 orangpenduduk di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Muazzam Mohamed berkata sehingga kini, bank itu telah mengagihkan hampir RM300,000 bagi menyediakan panel solar untuk manfaat lebih 220 orang penduduk melalui perkongsian Sadaqa House dan UTM.

“Akses kepada tenaga bersih dan selamat adalah asas pembangunan komuniti. Oleh itu, kami berharap penduduk dapat menjalankan tugas harian mereka dengan selesa.

“BIMB akan terus menyokong projek atau usaha untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat,” katanya.

Pada majlis penyerahan projek itu, BIMB turut menyumbangkan barangan keperluan rumah kepada keluarga kurang bernasib baik dan menyerahkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Masjid Az-Zahidin, Tanjung Surat.

Poject solar BIMB-UTM baru-baru ini telah dianugerahkan “The Company of The Year for Outstanding Community Support” di Anugerah Kemampanan & CSR Malaysia 2021.

“BIMB berharap dapat menggalakkan amalan hidup lestari untuk masa depan yang lebih baik untuk semua orang melalui inisiatif yang sama,” kata Mohd Muazzam.

(Visited 476 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button