Ekonomi

Nikmati perjalanan tanpa kuarantin ke Phnom Penh dengan tawaran hebat

BERIKUTAN pengumuman perjalanan tanpa kuarantin baharu oleh kerajaan Kemboja yang mengalu-alukan pelancong yang telah divaksin sepenuhnya dari mana-mana negara, AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) akan menyambung semula penerbangan antara Kuala Lumpur dan Phnom Penh, Kemboja, mulai 26 Jan 2022.

Untuk memulakan semula perjalanan tanpa kuarantin ke Phnom Penh, AirAsia akan mengendalikan jadual dua penerbangan mingguan pergi balik dari Kuala Lumpur pada setiap hari Rabu dan Ahad. Lebih banyak laluan dan kekerapan akan ditambah apabila permintaan perjalanan meningkat seiring dengan pembukaan semula lebih banyak destinasi pelancongan dalam masa terdekat, tertakluk kepada kelulusan daripada pihak berkuasa.

Mulai sekarang, para tetamu boleh menempah penerbangan mereka ke Phnom Penh daripada hanya RM189 sehala untuk perjalanan antara 26 Januari 2022 dan 23 Mac 2022 dengan menekan ikon ‘Flights’ di airasia Super App. Sempena sambutan ulang tahun ke-20 airasia, para tetamu juga boleh menikmati diskaun tambahan 20% untuk tempahan Hotel melalui ikon ‘Hotel’ serta pakej penerbangan dan hotel melalui ikon ‘SNAP’ mulai sekarang hingga 20 Disember 2021 dengan kod promosi HAPPY20.

Para pelancong yang telah divaksin sepenuhnya dari Malaysia yang ingin melancong ke Kemboja mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Kemboja sebelum menempah penerbangan mereka dan semasa ketibaan.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Selepas Thailand dan Singapura, kami berbesar hati untuk mengumumkan penyambungan semula penerbangan antarabangsa kami ke Kemboja sebagai negara ketiga untuk perjalanan tanpa kuarantin. Kami telah bersedia sepenuhnya untuk kembali memulakan penerbangan ke Phnom Penh yang telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang popular untuk AirAsia pada sebelum ini. Kami telah menyaksikan  sambutan yang menggalakkan daripada para pelancong ke Singapura melalui VTL dan ke Thailand sejak kebelakangan ini, dan kami menjangkakan pemulihan yang sama ke Kemboja dan ke pasaran lain apabila sekatan perjalanan antarabangsa terus dilonggarkan.

“AirAsia berbangga untuk menyokong inisiatif kerajaan Kemboja ini dan kami tidak sabar untuk melancarkannya lebih banyak penerbangan ke negara itu tidak lama lagi.

“Dari segi operasi, kami bersedia untuk mengalu-alukan para tetamu dengan pelaksanaan protokol perjalanan yang ketat demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan. Semua penerbangan kami dikendalikan kakitangan yang telah divaksin sepenuhnya dan mereka akan terus memberikan perkhidmatan terbaik bertaraf dunia.”

Thong Khon, Menteri Pelancongan Kemboja, berkata, “Bagi pihak Kementerian Pelancongan Kerajaan Kemboja, saya ingin mengucapkan terima kasih dan memberikan penghargaan kepada AirAsia kerana kembali menghubungkan dan menggalakkan para pelancong ke Kemboja. Di bawah kepimpinan Samdach Akka Moha Sena Padei Techno Hun Sen, Perdana Menteri Kerajaan Kemboja, lebih 90% daripada 16 juta penduduk kami telah divaksin sepenuhnya dan meletakkan Kemboja di tempat kelima di dunia. Baru-baru ini juga kami telah mengumumkan sokongan untuk dos penggalak dan vaksin untuk kanak-kanak berumur lima tahun.

“Pada 15 November 2021, Kerajaan Diraja Kemboja secara rasminya telah mengumumkan semula pembukaan negara ini untuk mengalu-alukan para pelancong antarabangsa yang telah divaksin sepenuhnya dan pelancong tanpa kuarantin di semua pintu masuk antarabangsa dan pusat pemeriksaan dengan mengurangkan sekatan, keperluan dan komplikasi. Sejak itu, kami telah melihat peningkatan yang signifikan  dalam bilangan pelancong dan penerbangan antarabangsa.

“Semua pelancong dan pengembara antarabangsa dikehendaki menjalani ujian PCR COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum perjalanan dan mengemukakan bukti vaksin penuh yang sah dan diakui dari negara asal masing-masing.

“Setibanya di Kemboja, para pelancong dan pengembara antarabangsa perlu menjalani Ujian Pantas Diagnostik COVID-19 (secara percuma) dan jika keputusannya negatif, mereka bebas untuk pergi ke mana-mana sahaja di Kemboja.

“Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan semua pelancong antarabangsa yang telah divaksin sepenuhnya dan menikmati keindahan, kebersihan dan keunikan Kemboja.”

AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama 20 bulan yang lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya.

Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. Selain itu, AirAsia menjaminkan standard keselamatan tertinggi, seiring dengan rancangan mitigasi Covid-19 nya yang termasuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan, mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App dan melancarkan sistem pengecaman wajah FACES menjadikan keseluruhan pengalaman perjalanan secara digital.

Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 20 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat.

AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain.

Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.

Untuk syarat-syarat perjalanan ke Kemboja sila rujuk di sini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button