Nasional
PRN Sarawak: Statistik keluar mengundi awal 17%
PENGUNDIAN awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN12) melibatkan anggota, pegawai polis serta tentera dan pasangan bermula 7.30 pagi tadi.
Menurut sumber Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), peratus keseluruhan dari 9 pagi hingga 12 tengah hari ini dijangkakan 17 peratus.
Sementara itu, difahamkan, pengundian awal hari ini melibatkan 12,585 anggota dan pegawai tentera serta pasangan masing-masing dengan 10,458 anggota serta pegawai polis dan pasangan.
Seramai 349 calon bersaing dalam PRN12 dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian pada Sabtu ini.
Untuk hari ini, pengundian awal dijangka diadakan sehingga pukul 5 petang ini. – SM