NasionalRencah HidupUncategorized

80 termasuk 30 mualaf terima bantuan Bakul Makanan

Sempena Program Amal Ziarah Kasih

TANGAN yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Dalam keadaan rakyat Malaysia masih merasai kesan pandemik Covid-19 dan melalui Perintah Kawalan Pergerakan, ada dalam kalangan masyarakat kita yang baharu meneruskan kehidupan dengan mencari pekerjaan.

DATIN CAMELIA YAHAYA

Kadang-kala apabila merenung dapur yang tidak berasap, rasa sebak dan sedih tidak dapat nak diluahkan kepada sesiapapun, apatah lagi untuk memohon bantuan kerana jiran tetangga pun mempunyai masalah mereka sendiri.

Bertuah bagi 30 wanita mualaf yang merupakan antara 80 penerima bantuan Bakul Makanan menganggap masing-masing bertuah kerana tidak dipinggirkan ketika diduga kesempitan hidup semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekurang-kurangnya dengan pemberian bantuan ini dapatlah meringankan beban kewangan yang ditanggung bersama ahli keluarga.

Bakul makanan ini adalah sumbangan peribadi Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan isteri, Datin Camelia Yahaya menerusi Program Ziarah Kasih yang diadakan di ruang legar, Tingkat 1,  Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Sena, Kangar, petang semalam.

Turut hadir, Penolong Pengurus UTC Kangar, Hishamudin Shafie.

Sementara itu Camelia berkata, sebanyak RM4,000 diperuntukan untuk menjayakan program kali ini.

Beliau berkata, “setiap bakul makanan yang bernilai RM50 ini mengandungi barangan keperluan asas dapur antaranya beras, gula dan kopi.”

ANGKHAMA WANJAI

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Camelia berharap dengan bantuan Bakul Makanan ini, dapat mengurangkan beban perbelanjaan dapur penerima.

“Kali ini pula kita memilih penerima mualaf supaya mereka tidak berasa dipinggirkan setelah memilih Islam sebagai agama mereka,” katanya.

Katanya lagi, mereka juga terkesan teruk akibat PKP apabila ada yang hilang pekerjaaan dan terpaksa meneruskan hidup dengan serba kekurangan.

Salah seorang penerima Bakul Makanan, Angkhana Wanjai, 56, berkata, dia tidak menyangka dipilih untuk menerima bantuan Bakul Makanan kali ini.

“Terima kasih. Saya bersyukur dengan sikap prihatin ini menjadikan saya tidak rasa dipinggirkan dalam masyarakat baharu ini  dan sekaligus, saya dijaga bagai keluarga sendiri,” katanya yang datang dari Taman Seri Manis, Kangar.

MASRIYAH MOHD NOOR

Bagi Masriyah Mohd Noor, 64, dia bersyukur kerana dengan bantuan yang dihulurkan, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit beban perbelanjaan dapur.

Masriyah berkata, sejak suaminya terlantar sakit, dia terpaksa menjadi ‘ketua keluarga’ untuk mencari rezeki dengan bekerja sebagai tukang cuci.

“Program amal Ziarah Kasih seperti ini banyak membantu rakyat yang susah termasuk saya sekeluarga.

“Dengan adanya program seperti ini termasuk bantuan Bakul Makanan, kami merasa beban perbelanjaan dapur ringan. Syukur kepada yang menghulurkan bantuan ini,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button